Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

7 bandar Australia, 14 bandar Amerika anjur Bersih 3


KUALA LUMPUR 19 April: Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, beliau yakin perhimpunan Bersih 3.0 akan dilaksanakan di lebih 51 lokasi seluruh dunia pada 28 April ini.
“Setakat ini, saya yakin Bersih 3.0 akan dilaksanakan di 51 bandar di seluruh dunia, dan angka itu pasti akan bertambah,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.
Katanya lagi, ia juga suatu yang menggalakkan apabila perhimpunan di sebahagian lokasi ini dimulakan oleh individu yang prihatin.
“Ada antara mereka yang pernah menganjurkan Bersih 2.0 di tempat mereka, dan ada juga yang kali pertama memulakannya.
“Justeru, melihat kepada perkembangan ini, saya cukup yakin bahawa kita akan dapat mengumpul seramai 500,000 peserta di seluruh dunia pada 28 April nanti,” kata ahli akademik itu lagi.
Beliau turut memaklumkan, selain melalui ceramah dan laman Facebook, cara-cara seperti mengedarkan risalah turut diadakan di tempat awam seperti pasar malam untuk menyebarkan mesej dan membangkitkan kesedaran rakyat.
Menurut akaun twitter Global Bersih 3.0, setakat ini perhimpunan Bersih 3.0 sah akan diadakan di 51 bandar di seluruh dunia.
Penyertaan pula amat menggalakkan, apabila warga Malaysia di luar negara menyatakan komitmen dan mengesahkan penyertaan mereka melalui Facebook.
Di Australia, perhimpunan akan diadakan di 7 buah bandar dan kira-kira 400 warga akan menyertainya. Di Amerika pula, ia akan diadakan di 14 buah bandar dengan penyertaan lebih 600 waga setakat ini.
Perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema ‘Duduk Bantah’ akan diadakan pada 28 April bermula jam 2 petang, bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, selepas laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya tidak memenuhi lapan tuntutan Bersih.

0 Komen pengunjong :