Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sisa Lynas: Tidak yakin pengumuman Najib


Rakyat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sisa buangan Lynas yang mengandungi radioaktif akan dibuang jauh dari kawasan penempatan penduduk, tetapi masih dalam negara sedangkan lesen operasi sementara telahpun dikeluarkan.


Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa keadaan ini berlaku kerana bukan setelah lesen dikeluarkan barulah kita terhegeh-hegeh tapak pelupusan baru nak dikenal pasti. Ini ditambah pula dengan kekeliruan kerana bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta syarikat Lynas di Malaysia diarah menghantar sisa-sisa nadir bumi balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Kuantan.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.

"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.


Kenyataan PM langsung tidak meyakinkan kerana isu sisa kilang rare earth di Bukit Merah, Perak sehingga kini masih belum diurus dengan baik. Masih terdapat sekurang-kurangnya 3,000 tong sisa yang masih belum diurus dan tapak sisa lama tidak diselenggara dengan baik sebagaimana yang dijanjikan.

Berlatarbelakangkan ini, adalah dangkal untuk meminta rakyat mempercayai kenyataan PM yang berkata kilang Lynas adalah selamat. Kenyataan PM tidak lebih hanya sekadar  meredakan kemarahan rakyat dan kata dua rakyat, sama ada tutup kilang Lynas atau sedia dihukum di PRU akan datang.


PAS ingin tegaskan hasrat rakyat agar kerajaan mendesak Australia menerima semula sisa buangan yang dianggap tidak mendatangkan bahaya ini. Kalaulah pelbagai insentif boleh disediakan oleh kerajaan kepada syarikat Lynas dari Australia itu untuk beroperasi di Gebeng seperti menyediakan kawasan seluas 200 ekar, pelepasan cukai 12 tahun serta pelbagai kemudahan lain, apakah Australia tidak sanggup untuk menerima semula sisa buangan yang tidak mendatangkan sebarang bahaya ini? Tambahan pula benua Australia mempunyai ribuan hektar kawasan tanpa penghuni jika dibandingkan dengan Malaysia.


Kerajaan perlu bertegas bagi membuktikan bahawa sisa tersebut tidak mendatangkan apa- apa bahaya kepada kemanusiaan dan alam sekitar dengan membuat desakan tersebut.  PAS ingin menegaskan bahawa di mana sahaja sisa tersebut akan dibuang di negara ini, PAS akan bersama rakyat bangkit menentangnya habis-habisan.

0 Komen pengunjong :