Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sanggupkah Najib mohon maaf kepada keluarga Altantuya?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu yang melibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu semakin mencalarkan imej Najib di mata masyarakat.  Penghakiman bertulis yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Zaki Md Yasin seakan mahu mengheret "seseorang yang berkuasa" di sebalik pembunuhan model tersebut.

Penghakiman ini mewujudkan persoalan dan persepsi masyarakat, adakah institusi mahkamah dalam kes ini benar-benar bebas berfungsi ataupun telah diikat dan dikongkong oleh mereka yang berkuasa di belakangnya.  Lebih mengusutkan keadaan apabila dalam penghakimannya, Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting walaupun ianya relevan.  Tidak penting tujuan bunuh, justeru, mengapa Altantuya dibunuh?

Dua orang yang telah didapati bersalah adalah anggota Unit Tindakan Khas iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.  Kedua-dua mereka adalah pegawai keselamatan Najib Razak ketika itu.  Soalnya pula, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?  Apa kaitan kedua-dua mereka dengan Altantuya?  Tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah ini tanpa sebab.  Mesti ada arahan oleh mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu.

DPPM berpandangan, sepatutnya misteri kes ini mudah terjawab dengan merungkai satu demi satu persoalan sehingga akhirnya akan menemui jawapan yang sebenar.  Lihatlah bagaimana kes Sosilawati yang dibunuh dengan modus operandi yang hampir sama.  Kes ini disiasat dengan begitu teliti sehingga akhirnya menemukan motif pembunuhan tersebut.  Namun demikian, dalam kes Altantuya motif pembunuhan ditutup seakan mahu menutup terus cerita ini dari terus disiasat.

Walau apa pun alasannya, rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes ini.  Meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes ini amat merendahkan reputasi beliau.  Tambahan pula, orang kepercayaan beliau Abdul Razak Baginda juga dikatakan terlibat meskipun kemudiannya dibebaskan dan didapati tidak bersalah.  Kes ini juga amat memalukan negara di mata dunia kerana dunia menganggap Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat dikunjungi.  Apa yang berlaku kepada Altantuya tidak mustahil juga berlaku kepada pelancong lain yang berkunjung ke negara ini.

Dalam keadaan Najib merayu-rayu rakyat dengan permohonan maaf dan menyesali atas "ketelanjurannya", sanggupkah beliau memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya?  Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia? Berjiwa besarlah beliau jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap model Mongolia itu.

0 Komen pengunjong :