Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR tuntut audit dan inkuiri untuk bersihkan SPR

KUALA LUMPUR — PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar membenarkan satu audit dan inkuiri dilaksanakan ke atas badan tersebut bagi membersihkan imej mereka ataupun pengerusinya harus bersedia untuk meletak jawatan.
Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) dan PKR mahukan SPR mempunyai imej yang bersih dan menjawab segala persoalan berkenaan daftar pengundi oleh rakyat.
“Prosedur sedia ada terbuka kepada penyalahgunaan dan berkemungkinan besar telah mewujudkan “Sistem B” dalam SPR.
“Pangkalan data SPR boleh dipersoalkan kerana berlakunya pelbagai manipulasi terhadap Daftar Pemilih yang mencemarkan imej dan kredibiliti SPR,” jelas Fuziah menulas berkenaan isu pengumpulan pengundi di Parlimen Pekan.
Malah, Ahli Parlimen Kuantan ini turut mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh pegawai SPR berhubung jawapan mereka berkenaan isu Zarina Tausi  dan menegaskan kenyataan tersebut adalah cubaan untuk menutup kesalahan mereka.
“Jawapan yang diberikan pegawai SPR itu adalah seperti “Kambing Hitam” yang digunakan untuk menutup kesalahan mereka.
SPR sebelum ini menjelaskan bahawa dakwaan penipuan daftar pemilih yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari sebenarnya kes tulen pengundi biasa yang memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir (PTH).
Menurut seorang pegawai kanan SPR yang enggan namanya disiarkan, semakan yang dibuat dengan jabatan IT suruhanjaya itu mendapati pengundi Zarina Tausi hanya didaftarkan sekali sahaja dalam daftar pemilih.
Katanya, nama Zarina sebelum ini berada di dalam daftar induk sebagai pengundi biasa tetapi telah memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir pada 20 Disember 2011 kerana suaminya berkhidmat dalam tentera.
Pegawai itu berkata tanda (/) pada akhir nombor kad pengenalan itu juga telah menimbulkan salah faham yang seakan bermaksud pengundi itu telah didaftarkan dua kali.
Katanya, rekod yang sedang diproses mempunyai tanda tersebut adalah untuk memisahkan nombor kad pengenalan baru dan nombor kad pengenalan lama.
Ketua umum PKR sebelum itu di Parlimen telah mendedahkan bagaimana SPR telah melakukan “penipuan” dalam memanipulasi daftar pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi dengan mengemukakan contoh pengundi yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.
Jelas Anwar, jika mereka memasukan data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.

0 Komen pengunjong :