PAC akan teruskan siasatan terhadap NFC

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).
Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.
“Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu. “Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan.
“Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini.”
Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat tergempar pagi tadi untuk membincangkan arahan Speaker Dewan Rakyat yang dibuat selepas sehari keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil enggan menghadap jawatankuasa tersebut.
Tapi Pandikar Amin mengesahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa hanya perkara yang menjurus kepada dakwaan jenayah terhadap Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.
Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di mahkmah pada 21 Mac dengan dua tuduhan pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Ketua Wanita Umno.
“Pada mulanya saya membenarkan ia dibacakan tapi sekarang perkara itu sudah pun di bawa ke mahkmah. Jadi saya tidak boleh memberikan kebenaran,” kata Speaker Dewan Rakyat itu.
“Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia sudahpun di bawa ke muka pengadilan.”
Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dilihat oleh The Malaysian Insider menunjukkan yang keputusan Pandikar Amin itu mempunyai kecacatan.
Mahkamah Tinggi dalam pertuduhan difailkan oleh  Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap peguam kerajaan Selangor dan akhbar PAS, Harakah tahun lalu, menunjukkan mahkamah harus berhati-hati memohon subjudis dan perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara.
Hakim Ariff Jusoh, apabila menolak permohonan tersebut menegaskan undang-undang 'common law' terhadap subjudis harus berdasarkan “peruntukan kebebasan bersuara”.
“Mahkamah tidak percaya terhadap sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia boleh berbeza dan mahkamah cenderung untuk mengambilkira peruntukan kehakiman yang berbeza berkaitan dengan kebebasan bersuara di bawah undang-undang subjudis,” katanya.
NFCorp turut berkata semalam pengarahnya tidak akan menghadap PAC memandangkan kes mahkamah yang tertangguh.
Mohamad Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung RM49 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat tersebut.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang mendedahkan Datuk Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menerima tekanan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.
NFCorp menjadi tajuk bualan hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal mencapai sasaran.
Polis telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFCorp, tapi Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lengkap terhadap Mohamad Salleh.

0 Komen pengunjong :