Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib digesa lepas jawatan Menteri Kewangan


PETALING JAYA : Pakatan Rakyat  menggesa  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan ekoran beliau dilihat tidak wajar memegang dua jawatan serentak.
Jawatankuasa Polisi Pakatan Rakyat yang buat pertama kalinya bersidang hari ini menegaskan, tindakan Najib memegang jawatan menteri kewangan juga menyebabkan beliau sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepentingannya sebagai perdana menteri.
“Seperti mana amalan syarikat korporat, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan adalah dua individu berbeza,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Melalui kaedah yang digunapakai sekarang, tidak menghairankan jikalau belanjawan untuk dua tahun sebelum ini fokus kepada pemberian ‘one-off’ untuk meraih undi, berbanding implementasi perubahan struktur ekonomi,” katanya pada sidang media di Sekretariat Pakatan Rakyat di Seksyen 16, Petaling Jaya, hari ini.
Hadir dalam sidang media itu ialah dua anggota sekretariat Pakatan Rakyat iaitu Rafizi Ramli dan Liew Chin Tong.
Dzulkefly mengulas pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam wawancara dengan akhbar China Press baru-baru ini yang mencadangkan Najib melepaskan jawatannya itu ekoran beban tugas yang dipikulnya.
Prestasi Najib sebelum ini juga mengecewakan termasuk isu berkaitan pengenalan cukai perkhidmatan 6% dan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Persaingan.
“Tambahan pula, Menteri Kewangan Kedua merumitkan keadaan. Kita perlukan Menteri Kewangan penuh tanpa beban tugasan lain,” kenyataan tersebut dipetik.
Pada sidang media sama, Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli menegaskan tawaran Pakatan Rakyat untuk melaksanakan Akta Gaji Minima sekira berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
“Bukan sekadar dasar gaji minima RM1,100, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran pendapatan isi rumah bulanan di Malaysia ialah RM4,000.
“Umum mengetahui pasaran kerja dipenuhi buruh murah asing. Objektif kita selain mengurangkan kebergantungan pada buruh asing, pekerja tempatan termasuk kaum wanita akan ditambah nilai melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kemahiran.
“Dari sudut perniagaan, satu Tabung Fasiliti akan diperuntukkan kepada usahawan, Industri Kecil dan Sederhana untuk melaras operasi mereka.
“Ini bagi mengelak penutupan  insentif kepada IKS berikutan pelaksanaan dasar gaji minima,” kata Rafizi.

1 comment :

  1. kalau najib letak jawatan menteri kewangan, dia nak kaut duit rakyat dari lubang najis mana? kaut sokmo dulu kini & selamanya

    ReplyDelete