Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB yakin pertahan Selangor dengan majoriti dua pertiga

NONEMeskipun pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan pilihan raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat  bukan sahaja mengekalkan kuasa tetapi juga menambakan jumlah kerusi mereka

"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.

Menurut Abdul Khalid, (kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.

"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,

"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.

Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin" mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.

Antara satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA Selangor Wong Koon Mun.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang tertentu serangan jantung."

Pakatan kini menguasai 35 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.

Gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi  mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.

Selangor, menjadi fokus atau tumpuan pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi merampas semula negeri terkaya di negara itu.

Mengenai jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap kali diangkut dengan bas dari tempat lain.

"Kami juga lakukan beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang yang sama," katanya sambil tergelak.

0 Komen pengunjong :