Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AG tidak berminat dakwa suami, keluarga Shahrizat – Rafizi


KUALA LUMPUR: Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memulangkan semula kertas siasatan National Feedlot Corporation (NFCorp) kepada pihak polis, menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk mendakwa  keluarga Datuk Seri Shahrizat  Jalil.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Abdul Gani memulangkan semula kertas siasatan tersebut, meskipun pun pihak polis sendiri sebelum ini mencadangkan Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa.
“Sememangnya ia terpulang kepada Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak.
“Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Syed Ismail Syed Azizan sendiri secara terbuka mengatakan ada bukti kukuh dan mencadangkan pengarah NFCorp, Datuk Mohamed Salleh didakwa di mahkamah,” ujarnya ketika dihubungi keadilan daily.
Menurut Rafizi, tindakan terbaru peguam negara itu hanya menunjukkan wujudnya usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghalang atau melengahkan pendakwaan terhadap keluarga Shahrizat.
“Ini kerana Peguam Negara hanya tertakluk di bawah kuasa Perdana Menteri,” tambah beliau.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Abdul Gani hari ini memulangkan kembali kertas siasatan kepada pihak polis dan mengarahkan siasatan diteruskan, tanpa menyatakan sebab.
Ini adalah kali kedua Abdul Gani bertindak sedemikian, selepas memulangkannya buat kali pertama pada 17 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, ia tidak akan melemahkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus mendedahkan penyelewengan RM250 juta yang dilakukan oleh NFCorp.
“Pakatan akan terus membongkar dan membentangkan bukti penyelewengan yang dilakukan NFCorp kepada rakyat, kerana terbukti rakyat dapat menjadi pendakwa yang lebih baik.
“Rakyat sememangnya tidak menaruh harapan tinggi untuk melihat tindakan diambil dalam kes ini. Justeru, saya berharap rakyat akan menghakimi Umno-BN melalui peti undi nanti,” jelas Rafizi.

0 Komen pengunjong :