Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kilang petrokimia Pengerang: Penduduk mahu hitam putih


PETALING JAYA: Penduduk Pengerang membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di Pengerang, Johor kerana  mahu hitam putih mengenai hak-hak mereka.
Petronas merancang membina kilang berharga RM20 bilion dalam kawasan Parlimen yang diwakili Datuk Azalina Othman Said itu.
Seorang penduduk berkata, penduduk bimbang hak mereka terbiar dan terabai setelah projek Petronas itu siap dibina,.
“Mereka tidak ada hitam putih. Bermacam cerita yang kami dengar, ini yang penduduk bimbang.
“Ada yang kata seekar tanah penduduk dibayar pampasan RM35, 000. Penduduk bantah kerana bagi tanah industri jumlah pampasan itu sedikit. Ketika ini tanah penduduk tanah pertanian tapi akan ditukar menjadi tanah industri untuk pembinaan loji tersebut.
“Mereka yang tidak puas hati ini menghasut  penduduk lain untuk menyertai perhimpunan tersebut.
“Benda yang orrng tidak puas hati ini cepat merebak,” kata Kadir Yunus seorang pemimpin Umno Pengerang.
Kadir berkata, penduduk Pengerang telah diberikan penjelasan mengenai projek tersebut tetapi tidak ada hitam putih.
`Janji pilihan raya’
“Orang takut kerana bimbang ini semua hanya janji-janji pilihan raya. Mereka hendak fakta bukan cerita mulut.
“Mereka hendak tahu, kalau dipindahkan di manakah kawasan baru itu, Rumah pula macam mana bentuknya,” tambah beliau.
Baru-baru ini sekumpulan 500 penduduk mengadakan perhimpunan aman membantah projek tersebut.
Penduduk mengadakan perhimpunan kerana bimbang bahawa loji penapisan  itu akan mencemarkan alam sekitar.
Tetapi menurut Kadir, penduduk membantah kerana mereka tidak ada hitam putih apabila tanah diambil dan terpaksa berpindah.
Beliau menambah, projek itu akan menguntungkan penduduk Pengerang kerana anak-anak muda akan mendapat peluang pekerjaan.
Katanya, pembangunan Pengerang akan lebih cepat dan setanding dengan daerah lain di Johor.
“Rugi kalau projek tersebut dipindahkan ke tempat lain. Jangan tolak tuah,” kata Kadir lagi

0 Komen pengunjong :