Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerana Najib, Razak Baginda tidak dipanggil bela diri?

KUALA LUMPUR 7 Mac: Adakah kerana Abdul Razak Baginda merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan individu itu tidak dipanggil untuk membela diri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu?
Itu persoalan diajukan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak memanggil Razak Baginda membela diri dalam kes pembunuhan kejam berkenaan.
Ini kerana katanya, asas kepada kes itu ialah tindakan Abdul Razak Baginda meminta Ketua Pengawal Peribadi Najib, Musa Safri menangani apa yang didakwanya sebagai ugutan wanita itu terhadapnya.
“Persoalannya juga, mengapa Razak Baginda tidak melaporkan kes ugut itu terus kepada polis,” soal Shamsul yang juga seorang peguam ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Beliau mengulas mengenai penghakiman penuh yang ditulis oleh Hakim Mohd Zaki setebal 70 muka surat.
Antara lain, Mohd Zaki mengakui Abdul Razak, yang juga seorang penganalis politik, mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugutnya.
Namun hakim tersebut memutuskan ia tidak boleh menjadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.
Menurut Shamsul, Razak Baginda sepatutnya  diarah membela diri kerana hakim sendiri mengakui tertuduh itu mungkin mempunyai motif membunuh wanita berkenaan.
“Dalam sesuatu kes jenayah, ia mesti ada niat dan niat itu pula akan disusuli dengan tindakan
“Hakim sepatutnya panggil Razak Baginda membela diri dan memberi keterangan berhubung motifnya dalam kes ini,” katanya lagi.
Dalam penghakiman penuh tersebut, hakim Mohd Zaki menjelaskan sebab dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Mohd Zaki juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan “mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti”.
Azilah dan Sirul Azhar, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, selepas mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam pada 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.
Kedua-dua mereka yang merupakan anggota komando Unit Tindakan Khas polis, kemudiannya memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Abdul Razak Baginda pula dituduh bersubahat dengan mereka dalam pembunuhan wanita Mongolia itu, namun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.
Sepanjang perbicaraan selama 159 hari Sirul Azhar dan Azilah Hadri enggan mendedahkan muka.

0 Komen pengunjong :