Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Himpunan 325' mungkin jejaskan BN pada PRU-13


Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semalam berjanji akan cuba menyelesaikan isu-isu berdekad-dekad lama yang dibangkitkan oleh pesatuan pendidikan Cina, namun ahli-ahlinya bertekad meneruskan perhimpunan mega yang dirancang Ahad ini.

Menurut pemerhati, perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina atau lebih dikenali sebagai Dong Zong yang menamakan protes itu sebagai 'Himpunan 325' mampu memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Majlis itu akan diadakan pada jam 11 pagi di Kolej New Era di Kajang, Selangor dan dijangka menarik lebih 3,000 peserta dari seluruh negara, termasuk 250 persatuan dan dewan perniagaan  Cina serta beberapa kumpulan pendidikan.

Acara di kolej swasta milik Dong Zong itu juga bertujuan untuk menyatukan masyarakat Cina dalam tuntutan mereka mendesak kerajaan memindahkan ratusan guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina mengajar di sekolah rendah Cina.

Ia juga bertujuan untuk memamparkan diskriminasi terhadap sistem pendidikan Cina, khususnya mengenai bilangan guru yang tidak mencukupi yang telah menghantui sekolah-sekolah Cina  selama lebih tiga dekad lalu.

Menurut akhbar Cina Sin Chew Daily, pihak penganjur juga telah mula memasang khemah besar di padang kolej dan menyediakan sepanduk serta kain rentang bagi memaklumkan mengenai majlis itu.

0 Komen pengunjong :