Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Faekah Husin nafi dipecat


PETALING JAYA: Setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin menafikan khabar angin bahawa beliau dipecat.
“Saya tidak menerima sebarang amaran atau surat pemecatan,” katanya yang dihubungi semalam.
Faekah berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa beliau dipecat dari jawatannya kerana terlalu banyak campur tangan dalam urusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika usaha saya mendapatkan maklumat mengenai perbelanjaan pejabat penasihat ekonomi dikatakan sebagai campurtangan, saya tidak tahu apa nak kata,” kata Faekah.
Gaji Anwar RM1
Beliau menambah bahawa setiap soalan yang ditujukan kepada Abdul Khalid di sidang di Dewan Undangan Negeri Selangor akan sampai ke mejanya.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa setiap soalan dijawab serta  wang rakyat Selangor tidak disalahgunakan,” kata Faekah.
Beliau menambah wakil rakyat BN seringkali menyoal perbelanjaan Anwar  selaku penasihat ekonomi malah turut kos perjalanan luar negara Anwar.
“Mereka tidak percaya bahawa Anwar menjadi penasihat dengan gaji RM1.”

0 Komen pengunjong :