Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Batal MAS-Air Asia: Lagi bukti transformasi Najib gagal

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Cadangan menghentikan penggabungan MAS-Air Asia adalah satu lagi bukti kegagalan program transformasi ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seperti Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), penggabungan MAS-Air Asia gagal kerana Najib tidak mengambilkira hasrat dan kemahuan rakyat, iaitu pemegang-pemegang saham dan pengguna.

"Cadangan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia itu sekali lagi dengan jelas membuktikan bahawa Najibnomics hakikatnya adalah Najibcomic.

"Apa yang dimegahkan sebagai Najibnomic oleh pembodek-pembodek Perdana Menteri itu hakikatnya adalah polisi-polisi ekonomi separuh masak, flip flop dan tidak ada pemikiran yang jelas sebelum dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menyifatkan apa yang berlaku itu adalah simptom orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan yang diangkat oleh Umno untuk menjadi Perdana Menteri.

"Orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan tidak layak jadi Perdana Menteri.

"Setakat jadi promoter artis, peragawati atau model mungkin boleh...," kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan, apa pelabur asing akan kata dengan "tindakan u-turn itu".

"Selepas tindakan u-turn dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Felda, SBPA, kini u-turn dalam penggabungan MAS-Air Asia pula?" katanya.

Mahfuz menyifatkan semua itu berlaku akibat tidak ada pemikiran yang jelas di pihak Perdana Menteri sendiri dalam apa jua inisiatifnya, sama politik, ekonomi dan sosial.

Perdana Menteri juga, kata beliau, selalu benar dilihat tidak mengambilkira sokongan orang bawahan terhadap sesuatu inisiatifnya.

Malaysian Insider melaporkan, Putrajaya sedang menimbangkan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia kerana gagal menunjukkan sebarang pembaikan.

Penggabungan itu juga gagal menaikkan moral 20,000 kakitangan MAS malah mereka dilaporkan diam-diam menentang penggabungan itu dan tidak memberikan sebarang sokongan ke arah itu.

Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian RM2.52 bilion dalam tahun 2011.

1 comment :

  1. itulah akibatnya kalau lantik penasehat2 dr kalangan org yg sepatutnya dah pencen atau dr kalangan bukan pakar sebenar........

    pegawai2 tinggi yg sepatutnya pencen ni sepatutnya diberi tugas mengepalai NGO2 kebajikan sahaja agar mereka beroleh pahala yg lebih sikit buat menghapus dosa2 lama kalau ada......kalau beri mereka lubuk emas jawabnya habis kering laaa depa ni timba........depa peduli apa....

    ReplyDelete