Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bangkit kembali gelombang bantah PPSMI


KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) menegaskan bahawa pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah suatu tragedi agama, bangsa dan  negara.Malah, kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, ia suatu musibah besar gara-gara nafsu pemimpin yang dirasuk virus penjajah bahawa dengan mendominasikan bahasa Inggeris, negara boleh berada mencapai tahap kemajuan bertaraf dunia.

“Sementara hujah ini ternyata boleh dipatahkan dengan contoh negara-negara non Inggeris tetapi jelas dengan bahasa ibundanya boleh maju dan membangun pesat, kami juga mempersoalkan kayu ukur apa yang pemimpin negara ingin  gunakan untuk mencapai taraf dunia,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Anehnya, kata beliau pemimpin dan wadah parti politik itulah yang beria-ia melaungkan kalam bahawa merekalah pejuang bangsa.

Katanya lagi, ketika PPSMI  diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangka panjang diambil kira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Mujur, ujarnya benak rakyat belum semuanya tercemar dengan alasan bahawa hanya dengan Bahasa Inggeris negara ini akan maju.

Mujur juga, tambahnya semangat kental rakyat tidak semuanya mudah ditundukkan oleh ugutan dan tohmahan pemerintah bersama segala bala jentera medianya.

Menurutnya, rakyat yang masih punya dhomir dan perasan amarah tidak mungkin mendiamkan diri.

Beliau menambah, dengan khittah perjuangan bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, rakyat mengambil keputusan yang betul bahawa hanya dengan gelombang bantahan rakyat sahaja mereka yang enak ditampuk kuasa akan faham sanubari rakyat.

Namun nampaknya, ujar beliau pemerintah masih bermain dengan aturannya sendiri.

Katanya, pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia  melakukan ubahsuai sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan.

Menurutnya, mengikut pengumuman Timbalan Perdana Menteri, rakyat diminta bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil  masa berdasarkan kohot pembelajaran  di sekolah lalu 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.

“Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini,” ujarnya.

Untuk kesekalian kalinya, jelas beliau Teras menyatakan bahawa PPSMI seharusnya dimansuh segera dengan mengguna mekanisme dan kuasa yang ada ditangan pemerintah.

“Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah, kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama?” tanya beliau.

Kini, tambahnya rakyat pencinta bahasa diminta menunggu terus dengan janji  kerajaan.

“Entah berapa menteri yang akan berganti pula untuk PPSMI benar-benar dapat dikuburkan. Sementara itu entah berapa ribu pelajar pula yang terus menjadi mangsa sementara  menunggu punca penyakit dihapuskan,” katanya.

Sebab itu, ujarnya Teras bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi untuk PPSMI ditamatkan sekarang.

“Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba buy time,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, inilah sebenarnya strategi pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan yang mana mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi di peringkat tinggi.

“Malangnya sementara  atur permainan lobi ke atas sedang senyap-senyap digerakkan, pelajar, ibu bapa dan pendidik jualah yang menjadi mangsa.

“Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan,” katanya.

Justeru, katanya sudah tiba masanya rakyat sekali lagi bangkit  untuk memberi kata muktamad ‘Mansuhkan PPSMI sekarang’.

0 Komen pengunjong :