Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Undi Pakatan, selamatkan negara dari bankrap


TASEK GELUGOR : Pakatan Rakyat tidak mahu mengambil alih Malaysia yang sudah bankrap tetapi bersedia ke Putrajaya sebelum itu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Oleh itu, katanya rakyat yang cintakan Malaysia mesti menyelamatkan keadaan pada Pilihan raya Umum ke-13 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Tiada jalan lain untuk selamatkan Malaysia melainkan jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.

“Jika BN menang lagi pasti negara akan bankrap sebab sekarang ini pun sudah ke arah itu," tegasnya ketika berceramah sempena majlis makan malam kutipan dana pilihanraya PAS Negeri di Dewan Besar Sungai Dua, malam tadi.

Menurutnya lagi, slogan 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bermakna rakyat kena mempersiapkan diri dengan mental yang tinggi dengan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat pastinya mengembalikan kestabilan politik negara yang hampir luntur ekoran terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh BN.

Jika ditakdirkan Malaysia bankap tahun 2019, beliau percaya BN menyerahkan pentadbiran negara secara percuma sahaja kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menghalangnya.

"Jika waktu itu bagi percuma pun Pakatan Rakyat tak mahu kerana nak pulihkan ekonomi negara yang bankrap amat sukar. Jadi, sebelum terlambat buatlah perubahan," katanya.

Kata Mohamad lagi, anak muda yang cintakan keharmonian usah mendakap tubuh sebaliknya perlu mengatur strategi untuk ke Putrajaya bersama dengan parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Tambahnya, negara sudah pun menuju ke arah kebankrapan apabila wang rakyat digunakan untuk kepentingan kroni, membeli peralatan ketenteraan yang kurang sesuai dan sebagainya.

“Kepimpinan Umno dan BN buat tidak peduli pengaliran wang yang begitu deras  ke kocek kroni kerana mereka sendiri ada habuannya.

"Semua nak makan komisyen. Itulah sebabnya negara boleh runtuh," terangnya.

Turut berucap ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Ketua Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim.

0 Komen pengunjong :