Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno gagal terap kefahaman antara kaum, agama


KUALA LUMPUR 8 Jan: Tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan ucapan salah sempena Hari Thaipusam membuktikan pentadbiran Umno- Barisan Nasional gagal menerapkan kefahaman antara kaum dan agama, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Beliau mengulas kenyataan JKM mengaitkan perayaan Thaipusam dengan penganut agama Budhha, menerusi ucapan dalam laman rasmi Facebook jabatan itu.
Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, mustahil JKM tidak tahu bahawa Thaipusam diraikan penganut Hindu manakala Wesak pula disambut oleh pengikut Budhha.
“Budak kecil pun tahu sambutan Thaipusam diraikan penganut agama Hindu dan bukannya Buddha,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.
Beliau turut mengulas perbuatan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang memberikan sampul angpau putih kepada kaum Cina sempena Tahun Baru Cina, yang melambangkan kematian.
Perbuatan itu mencetuskan kontroversi apabila pelbagai pihak termasuk MCA mendakwa Perkasa sengaja berbuat demikian dengan tujuan menghina kaum Cina.
“Maka bacaan awal yang dapat kita lihat ialah pentadbiran Umno BN yang memerintah negara puluhan tahun terbukti gagal memahamkan rakyat mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia.
“Lebih malang lagi, mereka yang sudah bergelar wakil rakyat juga gagal memahami sejarah dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini,” kata Jonah.
Menurutnya lagi, ia juga membuktikan sambutan perayaan pelbagai kaum yang dianjurkan Umno-BN, hanya sekadar untuk meraih sokongan kaum demi  kepentingan politik.
“Buktinya, dalam keadaaan Najib promosi 1 Malaysia, ketika perhimpunan tahunan Umno, kaum Cina dan India sering jadi mangsa oleh perwakilan Umno untuk mencari populariti,” kata beliau.

0 Komen pengunjong :