Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sembrong: Jangan lepas diri dengan alasan teknikal

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionPKR menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba melepaskan diri terhadap insiden serangan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Sembrong Ahad lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, penafian Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong bahawa tempat kejadian tidak terletak di kawasannya merupakan alasan yang sangat naif.

“Dia bolehlah gunakan alasan sempadan polis atau sempadan pilihan raya untuk melepaskan diri. Tetapi isunya yang sebenar, bagaimana cara Umno menghadapi rakyat dengan mengupah samseng untuk mengacau dan mengganggu,” katanya.

Hishammuddin, semalam menafikan dakwaan serangan ke atas ahli PKR di Batu 4 Jalan Mersing oleh kira-kira 100 orang yang didakwa diupah Umno pada hari minggu lalu berlaku dalam kawasan parlimennya.

Beliau bagaimanapun berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Malaysiakini, petang semalam, Saifuddin berkata, menteri dalam negeri patut menggesa polis melengkap siasatannya segera kerana kes itu yang didakwa straight forward atau mudah.

“Tak perlu ambil masa berbulan-bulan untuk kenal pasti (suspek). Orang kampung sendiri kenal siapa terlibat. Apa yang susah sangat. Saya rasa seminggu sahaja boleh selesai. Paling lama pun dua minggu,” katanya.

Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, PKR juga mendakwa seorang cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik, lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.

0 Komen pengunjong :