Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pertambahan mendadak pengundi di Selangor mencurigakan


PETALING JAYA, 13 Feb —  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. Penasihat PKR itu menjelaskan, antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang, Kota Raja, dan Puchong.

"Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat (PR) terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan.

"Pengundi di Subang bertambah sebanyak 35 peratus, daripada sejumlah 84,000 ribu kepada 114,000, Kota Raja mengalami peningkatan 29.5 peratus, dan Puchong mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus daripada tahun 2008," katanya, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan peningkatan tersebut.

Sehubungan itu, Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.

"Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya  dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya.

Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti.

"Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi.

0 Komen pengunjong :