Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peneroka ke Putrajaya bantah penyenaraian FGVH 30 Mac


PETALING JAYA 9 Jan: Peneroka di seluruh negara akan berhimpun di Putrajaya bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB)  di Bursa Malaysia pada 30 Mac ini, kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Kempen 100,000 Tandatangan Membantah Penyenaraian FGVHB di Pejabat KEADILAN hari ini.
“Kita juga sudah mengedar hampir 200 meter kain putih kepada setiap wakil negeri untuk mengumpul tandatangan.
“Manakala Kain putih itu pula akan dicantum dan dibawa bersama memorandum bantahan dalam perarakan menuju Pejabat (perdana menteri) Najib pada 2.30 petang, 30 Mac ini,” kata Suhaimi.
Menurutnya, pelbagai NGO juga sudah berbincang bagi memastikan himpunan itu berjaya dengan sasaran antara 5,000 hingga 10,000 peneroka bakal menghadirinya.
Dalam sidang media itu, Suhaimi berkata kos operasi Felda kini adalah RM1.9 bilion yang menyebabkan agensi itu bakal menanggung kerugian atau defisit sebanyak RM0.9 bilion setiap tahun.
Katanya, bagi tujuan penyenaraian dan pampasan RM1 bilion tersebut, Felda memajak seluas 830,000 ekar tanah melalui Felda Plantation dan tambahan 20,000 ekar tanah poket kepada FGVHB, yang bertentangan dengan Akta Kemajuan Tanah.
Jelasnya lagi, rekod buruk penyenaraian FGVHB juga menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian teruk iaitu mencecah RM500 juta di antara 1997  hingga 2010.

Najib sendiri tidak yakin
Tegas beliau, meskipun penyenaraian itu dijangka April ini, namun sehingga kini tiada sebarang kertas cadangan yang menunjukkan kesan perolehan dan perbelanjaan dibentangkan.
“Najib sendiri tidak yakin bahawa penyenaraian ini akan menguntungkan peneroka dan ini terbukti apabila sehingga kini pihak FGVHB tidak pernah membentang apa-apa kertas cadangan projek penyenaraian yang menunjukan perolehan dan perbelanjaan.
Kamarul Bahrain mengetuai tandatangan di atas kertas putih membantah penyenaraian FGVH
“Sebagaimana kita sedia maklum, penyenaraian bertujuan mendapatkan modal dengan menjual unit-unit saham dan melepaskan kepentingan kepada orang luar, maka rakyat perlu tahu apa tujuan sebenar penyenaraian FGVHB ini,” katanya.
Dalam sidang media itu, beliau turut menempelak Najib kerana mengekalkan dua pemimpin bermasalah dalam pengurusan Felda, iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengerusi Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad.
“Sabri pernah terlibat dalam salah laku mengurus yang membawa kerugian RM120 juta kepada Golden Hope Plantation Bhd seperti dilapor KPMG forensic dalam Straits Times pada 11 Jun 2008.
“Manakala Isa didapati bersalah dalam kes rasuah pemilihan Umno pada 2005,” tegasnya.
Turut serta dalam sidang media itu, Jurucakap Felda KEADILAN di Parlimen, Datuk Kamarul Bahrain Abbas, Sekretariat Task Force Felda KEADILAN Selangor, Shamsul Iskandar Md Akin, Pengarah Biro Felda Angkatan Muda KEADILAN, Rebin Birham dan wakil beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

0 Komen pengunjong :