Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS terpesong dari prinsip Islam hanya tohmohan


KUALA LUMPUR, 8 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan sehingga ini PAS masih konsisten mempertahankan prinsip Islam dalam perjuangannya.
“Kami tidak melihat sebarang tanda PAS telah menggadaikan Islam seperti yang didakwa setengah pihak.

“Kami berpendirian adalah tidak wajar dibiarkan berlanjutan gejala saling tuduh menuduh dengan mengguna istilah yang tidak menjaga adab dalam berbeda pendapat dikalangan para aktivis Islam,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, jika hujahnya ialah persoalan label negara Islam, pendirian Teras ia bukan persoalan pokok.

Ini, katanya kerana  dalam penelitian Teras jika sebuah negara menggunakan label Islam tetapi melaksanakan dasar yang bercanggah dengan Islam akan menjadi lebih merbahaya dan membuka kepada potensi untuk menjadi fitnah kepada Islam.

Tambahnya, persoalan pokok yang harus ditumpu ialah adakah semua ciri pemerintahan sebuah negara itu dilaksanakan secocok dengan Islam atau tidak.

PAS, ujarnya dengan kepimpinan yang ada tidak menunjukkan anjakan dari segi prinsip itu namun nampaknya telah menggunakan strategi yang sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, keyakinan masyarakat bukan Islam untuk mendampingi PAS adalah kerana mereka semakin yakin dengan penjelasan PAS terhadap konsep Negara Berkebajikan.

Oleh yang demikian, kata beliau lagi untuk menyerang PAS dengan hujah bahawa ia telah terpesong dari prinsip Islam, hanya suatu tohmahan.

“Kami mendapati juga struktur keorganisasian PAS seperti ujudnya Muktamar Tahunan , Dewan SHURA, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan pelbagai lujnah yang ada tidak memungkin sebarang prinsip Islam digadai tanpa melalui perbahasan dan tapisan yang ketat.

“Apatah lagi PAS sudah cukup matang melalui pelbagai karenah ahli serta kepimpinan semada diperingkat bawah mahupun diperingkat tertinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Teras memperhatikan walaupun PAS bukan sebuah parti yang maksum namun dengan dasar Islam yang dipegang secara istiqamah telah menyebabkan perjalanannya sebagai sebuah jamaah gerakan Islam, dapat terkawal dan telah dapat menjamin parti itu terlindung dari sebarang penyelewengan besar.

“Kami mengharapkan agar sekarang keterbukaan PAS untuk menerima pandangan dari pelbagai pihak demi mengujudkan keadaan dan ruang perbahasan berasaskan ilmu dan adab disuburkan dalam PAS,” katanya.

Katanya, hanya dengan itu PAS boleh menjadi bukan sahaja sebuah parti politik dalam persaingan piliharan raya akan tetapi sebuah parti berteraskan ilmu yang subur dan sihat.

0 Komen pengunjong :