Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS Mahu Minit Mesyuarat Pinjaman NFC Didedahkan


KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan minit mesyuarat bertarikh 23 November 2011 berhubung isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Katanya, minit mesyuarat itu sangat penting memandangkan terdapat beberapa pengakuan bahawa perjanjian tersebut antaranya dikatakan tidak mempunyai jaminan peribadi dalam projek tersebut.
"Saya minta ketua PAC ada satu keberanian untuk mengirimkan kepada kami (Ahli Parlimen) supaya ianya boleh didedahkan kepada umum mengenai pengakuan-pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa pegawai di peringkat kementerian yang dipanggil untuk memberikan keterangan-keterangan mereka dalam prosiding mesyuarat tersebut," katanya.
Mengulas lanjut kerajaan pusat menubuhkan empat jawatankuasa bagi memantau perkembangan NFC sebelum pinjaman RM250 juta diberikan secara berperingkat.
Beliau difahamkan salah satu daripadanya dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang ketika itu bertindak sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Empat jawatankuasa tersebut adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kerajaan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan NFC.
Sementara itu, beliau turut membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik pinjaman berjumlah RM250 juta terbabit.
Katanya, ini merupakan isu besar dan bukan hanya boleh diselesaikan dengan hanya membayar semula pinjaman semata-mata.
"Ini satu kenyataan yang sangat dangkal bagi saya daripada seorang menteri yang dipertanggungjawab menjaga hal-hal yang berkaitan perundangan, pendakwaan dan penghakiman di negara kita ini.
"Bagi saya mengembalikan wang itu satu perkara. Sepatutnya sebagai meneteri yang menjaga undang-undang, dia harus bertegas dan tidak boleh menganggap memberikan balik wang tersebut, masalah selesai.
"Jika membabitkan soal pecah amanah atau jika pengendalian projek dari awal tidak betul maka kes tersebut harus diambil tindakan dan heret mereka yang terlibat ke mahkamah," katanya.

0 Komen pengunjong :