Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

NFC elak kontroversi, serang PKR


National Feedlot Corporation (NFC), yang hari ini berdepan dengan dakwaan baru berhubung satu lagi pembelian kontroversi dua kondominium di Singapura, mengelak menjawab pendedahan tersebut, tetapi sebaliknya memilih untuk menggesa PKR supaya memberi tumpuan kepada masalahnya sendiri, iaitu Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Mohd Salleh (kiri) berkata Rafizi Ramli, selaku ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu di bawah bidangkuasanya di negeri ini.

Khususnya, dakwa Wan Shahinur, berlaku rasuah, sindiket perlombongan pasir dan pembunuhan pembocor maklumat Patrick Wong yang menurutnya, seperti yang dinyatakan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin dalam satu temubual.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ia adalah tiga daripada banyak isu kepentingan awam yang memberi kesan kepada kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya menjadi tumpuan utama Rafizi, berbanding dengan isu-isu di sektor swasta yang tidak berada di bawah bidangkuasanya.

Beliau mendakwa, seperti yang dakwaan Raja Petra hari ini dalam blog Malaysia Today, bahawa dia mempunyai bukti rasuah di Selangor, perlombongan pasir sindiket dan pembunuhan Wong.

0 Komen pengunjong :