Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib buktikan dia jahil prinsip pentadbiran yang baik


SHAH ALAM, 25 Feb: Pengakuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik.

Beliau juga mengenepikan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau hairan bagaimana PM dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

Sedangkan, katanya, mensyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Selaku penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian,” kata beliau.

Tan Sri Khalid berkata, tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“KSN sepatutnya mempunyai kekuatan untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan,” katanya.

Menteri Besar turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

“Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan,” katanya.

PM selaku ketua negara harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam jika beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini, tegas Khalid.

0 Komen pengunjong :