Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri Besar Kedah Nafi Letak Jawatan


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka," katanya ketika dihubungi.

Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.

Spekulasi itu adalah serangan terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

"Boleh jadi... saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang... saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar," katanya.

Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008.

Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.

Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera pakatan pembangkang mempertahankan negeri ini.

0 Komen pengunjong :