Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ku Li: 'Malayu dahulu' bertentangan 1M'sia

tengku razaleigh speech 110310 02Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyelar "seorang pemimpin" yang berpendirian "Melayu dahulu, rakyat Malaysia kedua" sedangkan negara ini memakai konsep 1Malaysia.

Beliau - yang juga pemimpin Umno bahagian - walaupun tidak menamakan pemimpin berkenaan, ia bagaimanapun dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Katanya, konsep 1Malaysia melibatkan seluruh negara dan semua rakyat Malaysia perlu merujuk dirinya sebagai rakyat Malaysia sebelum merujuk kepada kaum.

"Kenyataan itu hadir sebagai pukulan yang teruk bukan sahaja kepada konsep 1Malaysia, tetapi juga dianggap sebagai peniadaan jiwa Malaysia atau roh negara yang cuba disemai dengan sungguh-sungguh oleh perdana menteri (pertama) Tunku Abdul Rahman," katanya.

Tengku Razaleigh berkata demikian dalam ucapannya tentang perpaduan anjuran Paddy Schubert Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

0 Komen pengunjong :