Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN tuntut JAIP siasat secara profesional, telus


PETALING JAYA 26 Feb: KEADILAN menuntut Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan khalwat melibatkan pemimpinnya, Dr Badrulamin Baharon, secara telus dan profesional.
“KEADILAN juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin juga berkata, beliau dimaklumkan Badrulamin diminta oleh JAIP untuk membantu siasatan berikutan insiden yang didakwa berlaku di Kuantan, pagi Sabtu.
Bernama semalam melaporkan Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai berkata, seorang pemimpin KEADILAN ditangkap khalwat di sebuah hotel di Balok.
Bagaimanapun Badrulamin yang juga pengarah komunikasi kerajaan Selangor menafikan sekeras-keras dakwaan itu dan menganggap ia sebagai usaha terancang untuk memerangkap dan mengaibkannya.
Malah beliau juga berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang meneruskan fitnah tersebut.
Katanya, beliau hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari ini dan akan hadir bersama peguamnya untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan berkenaan.

0 Komen pengunjong :