Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kapal Israel: AMK cabar Pemuda Umno bantah Najib


KUALA LUMPUR 22 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin  membantah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ekoran kemasukan kapal kargo Israel ke Malaysia.
“Apa pendirian Khairy mengenai pendedahan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel dan mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang,” soal Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Sekiranya benar mereka (Pemuda Umno) komited dengan sentimen anti-Israel yang sedang dilaungkan ini, AMK mencabar Khairy dan Pemuda Umno seluruhnya bersama menyatakan bantahan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri atas hipokrasi yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam isu dagangan dengan Israel,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Khairy yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini, dengan menyatakan ‘undi Anwar bermakna undi Israel’.
Sebaliknya, kata Shamsul, Ketua umum KEADILAN itu tegas mendukung aspirasi rakyat Palestin dan kenyataannya selari dengan pendirian Hamas dalam menyelesaikan krisis antara Palestin dan Israel.
Kerajaan Israel memegang 98 peratus saham dalam Zim Integrated Shipping Ltd
Dalam pada itu, beliau turut mendesak Khairy menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkaitan isu kapal Israel yang memasuki pelabuhan negara ini.
“AMK juga berminat untuk tahu pendirian Khairy mengenai penjelasan Datuk Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel,” katanya.
Tambah Shamsul, rakyat masih ingat bagaimana pentadbiran Najib sebelum ini melantik APCO Worldwide, sebuah perunding perhubungan awam pro Zionis-Israel untuk menasihat Presiden Umno itu dalam urusan kerajaan.
Pendedahan yang dilakukan di dewan rakyat pada 2010 itu, katanya, menyaksikan Ketua Pembangkang digantung daripada Parlimen selama 6 bulan.
Oleh itu, katanya, beliau menunggu respon Khairy berhubung cabarannya itu dan berharap Ahli Parlimen Rembau itu tidak berdolak-dalik sebagaimana sikapnya dalam cabaran debat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC).

0 Komen pengunjong :