Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Himpunan 901: Shamsul disiasat bawah Akta Hasutan


KEPONG 13 Feb: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kepong untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan Himpunan 901, 9 Januari lalu.
Shamsul yang tiba kira-kira jam 11.45 pagi tanpa diwakili peguam, memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Ooi Wei Seng.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan pegawai khas Adun Kota Anggerik, Shamsul Firdaus Mohamed Supri.
Ketika ditemui selepas siasatan, Shamsul berkata beliau disiasat di bawah Seksyen 150 Kanun Keseksaan dan satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan.
Katanya, ia berdasarkan lebih 200 laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung himpunan yang diadakan di perkarangan Mahkamah Jalan Duta itu.
“Saya nyatakan kepada polis, sebarang keterangan akan dijawab di mahkamah,” katanya kepada Keadilandaily selepas memberi keterangan selama satu jam setengah di IPD Kepong, tengah hari tadi.
Menurutnya lagi, polis tidak memberitahu tarikh baru sekiranya diminta untuk kembali memberikan keterangan.
Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa hairan, kerana tindakan polis itu adalah percubaan untuk mengheret perkara yang telah selesai itu, lebih panjang.
“Perhimpunan telah tamat. Tidak lain, tindakan polis ini berpunca dari tekanan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional.
“Kita telah beri kerjasama yang baik dengan pihak polis sepanjang himpunan berlangsung.
“Sebelum itu pun, pemimpin KEADILAN telah mengadakan sidang media bersama Ketua Polis Kuala Lumpur pada 6 Januari, menyatakan komitmen untuk memberikan bekerjasama,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Shamsul turut meminta polis mendedahkan kertas siasatan berhubung kejadian letupan di perkarangan mahkamah, 9 Januari itu.
“Apakah ada tangkapan atau maklumat terbaru? soalnya.
Justeru, AMK akan menghantar satu surat rasmi kepada Polis Kuala Lumpur, untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung siasatan insiden berkenaan, dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Rozan yang ditemui di perkarangan Balai mempersoalkan pihak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada satu lagi kumpulan yang berhimpun di Mahkamah Jalan Duta pada hari tersebut, meskipun jelas mereka melakukan provokasi.
“Tetapi, tiada sebarang tindakan dibuat terhadap mereka. Kumpulan itu juga berkumpul di tempat yang selain dari kawasan dibenarkan pada hari itu – iaitu di tempat letak kereta di perkarangan Mahkamah.
“Prokokasi yang dibuat oleh kumpulan tersebut tidak pula dihalang,” katanya.

0 Komen pengunjong :