Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Genap tiga tahun: Najib ketua perampas di Perak - Nizar

PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.
Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan  untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.
Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.
Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.
Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar  mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
“Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas.
“Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,” ujarnya.
Justeru itu katanya,  sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan jijik Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.
“Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan.
“Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan,” ujarnya.
Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita memperingatkan hari ini kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia, dengan harapan mereka akan menjatuhkan BN yang melakukan kezaliman dengan merampas kuasa yang sah,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :