Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gabungan Hentikan Lynas sokong himpunan besar 26 Feb

KUANTAN 6 Feb: Gabungan Hentikan Lynas menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau yang akan diadakan secara besar-besaran pada 26 Febuari ini, kata pengerusinya, Andansura Rabu.
Katanya, himpunan berkenaan bertujuan menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan untuk memberhentikan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter).
“Maka berdasarkan hasrat rakyat untuk memberhentikan projek LAMP dan semangat solidariti kepada mangsa serta pertubuhan lain yang memperjuangkan keadilan alam sekitar, SLC  mengumumkan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Himpunan Hijau 2.0,” ujar Andansura.
Menurutnya lagi,  pihaknya juga akan menggerakkan 20 NGO di bawah gabungannya menyertai himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan.
Dalam kenyataannya hari ini, Andasura berkata, SLC mengecam sekeras-kerasnya sikap keras kepala kerajaan pimpinan Umno-BN yang bertindak meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas, 1 Feb lalu.
Tegasnya, isu berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF) mesti diselesaikan terlebih dahulu sebagaimana yang dibantah oleh masyarakat sebaik sahaja meneliti dokumen yang dipamerkan kerajaan.
“Malangnya, jelas bahawa kerajaan UMNO/BN dan agensi yang di amanahkan untuk menjaga kedaulatan tanahair tercinta ternyata telah gagal dan mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat,” ujarnya.
SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada 9 Oktober 2011 di Kuantan.
Program yang amat berjaya itu telah melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7000 penyokong.

0 Komen pengunjong :