Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

DAP: Mengapa MCA gentar dengan PERKASA?

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engDAP hari ini menggesa MCA melarang ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA kerana mendakawa NGO itu adalah organisasi "perkauman".

Dalam kenyataan media hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata jika MCA tidak menguatkuasakan larangan itu, ini hanya membuktikan bahawa parti Cina itu mempunyai hubungan dengan PERKASA.

Menurut Lim DAP "terkejut" apabila dimaklumkan bahawa presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek mengumumkan bahawa tiada larangan dikeluarkan bagi mengharamkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis dan acara yang dianjurkan oleh PERKASA.

"Membenarkan ahli dan penyokong MCA menghadiri acara dan majlis PERKASA, bukan sahaja membuktikan (bahawa terdapat) hubungan MCA dengan NGO itu.

"Dengan berbuat demikian, MCA juga mengiktiraf peranan PERKASA dalam politik Malaysia walaupun pertubuhan itu memperjuangkan agenda perkauman sepit dan pelampau ke atas masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

"Adakah MCA dan Chua terlalu gentar terhadap PERKASA sehingga tidak berani melarang ahli mereka daripada menghadiri atau menyertai majlis dan acara anjuran PERKASA?" soal beliau.

Lim berkata Chua (tengah) dan MCA tidak boleh mendakwa mereka memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia jika mereka membenarkan ahli-ahli menyertai majlis PERAKSA kerana pertubuhan itu “menyemai benih kebencian’ terhadap masyarakat bukan Melayu.

Semalam, Chua  dilaporkan berkata MCA tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada menghadiri acara PERKASA kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

MCA dibidas pelbagai pihak selepas pengerusi cawangan parti itu di Sri Desa, Dr Collin Tiew menghadiri acara Tahun Baru Cina anjuran PERKASA pada 29 Januari. Pada majlis itu, PERKASA mengagihkan wang dalam bentuk ‘angpau putih’ kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.

Mengikut adat kepercayaan Cina, pemberian wang dalam sampul putih hanya dikhaskan semasa kematian atau pengkebumian.
Warna pilihan adalah merah. PERKASA mengakui kesilapan itu dan berkata kejahilan berkenaan berpunca kerana gagal memahami adat resam Cina.
Bagaiamanpun Tiew mendakwa tindakan oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali itu disengajakan.

0 Komen pengunjong :