Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno BN rakus guna polis kekang kebebasan bersuara- Nurul Izzah


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan ganas polis ke atas mahasiswa yang berhimpun di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Sabtu lalu sebagai bukti kerakusan Umno BN menggunakan polis bagi mengekang hak kebebasan bersuara.
“Tindakan tersebut adalah tidak demokratik, bersifat “negara polis” (police state) langsung mempalitkan titik hitam di awal sambutan tahun baru 2012.
“Ini memberikan mesej jelas kepada rakyat Malaysia tentang kerakusan kerajaan Umno BN menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Tegas beliau, perhimpunan aman yang dianjurkan mahasiswa itu bukan satu kesalahan, dan polis sebaiknya mengawal keadaan, bukan memukul peserta.
“Saya tekankan bahawa mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan.
“Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa,” ujarnya.
Tambahnya, amat malang apabila tindakan ganas polis itu menyebabkan mahasiswa cedera parah.
“Amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak Polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan oleh pihak polis iaitu Pengerusi Bebas, Safwan Anang cedera dan kini berada di hospital Slim River, Perak.
“Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Terdahulu, sekumpulan mahasiswa itu berhimpun bagi menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember lalu di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Namun sebaliknya berlaku apabila sekumpulan polis bertindak ganas bagi menyuraikan perhimpunan itu sehingga mahasiswa cedera parah.

0 Komen pengunjong :