Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Pentadbiran Najib semakin mirip pemerintahan Mahathir’ – AMK


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan layanan kasar polis terhadap mahasiswa Sabtu lalu adalah bukti bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin mirip kepada pemerintahan kuku besi di bawah mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohammad.
“Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda.
“Apa yang berlaku membuktikan pendekatan pentadbiran Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata Shamsul.
Beliau seterusnya mengingatkan Najib agar mengambil iktibar dari Arab Spring yang bermula apabila mahasiswa bangkit menentang penguasa yang galak dan rakus menindas mereka.
“Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim  menindas anak muda dan mahasiswa.
“Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional,” kata Shamsul.
Beliau turut menggesa anggota polis yang memukul mahasiswa sehingga patah tulang rusuk Sabtu lalu disiasat dan didakwa di mahkamah.
“AMK menuntut siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Shamsul dalam satu kenyataan.
Tengah malam 31 Disember lalu, Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang patah tulang rusuk akibat dipukul polis yang cuba menghalang himpunan aman menuntut kebebasan akademik di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Beliau kini terlantar dan dirawat di Hospital Slim River, Perak akibat kecederaan tersebut.
Bercakap lanjut, Shamsul menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis meminta maaf kepada Safwan Anang dan keluarganya.
“Kami menuntut supaya Menteri Dalam Negeri memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka,” kata Shamsul.
Beliau mewakili AMK turut menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana mahasiswa yang mahu mendakwa polis yang mengasari mereka dalam kejadian Sabtu lalu.
Menyifatkan peristiwa itu sebagai tragedi hitam dalam gerakan mahasiswa, Shamsul berkata ia bukti jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebenarnya tidak serius dalam meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

0 Komen pengunjong :