Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar 'terkejut' tapi dakwa masih ada kepincangan

NONEDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka dan disambut baik tetapi tetap menekankan bahawa sistem kehakiman di negara ini masih mempunyai kepincangan.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, Anwar berkata sebelum ini hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pernah berkata tertuduh Mohamad Saiful Bukhari Azlan sebagai“saksi yang benar dan berwibawa”.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan itu, pasukan pembelaan kemudian membawa pakar-pakar antarabangsa untuk menangkis hujah pendakwaan dan berjaya memaparkan kelemahan dalam keterangan oleh beberapa doktor dan saksi pakar pihak pendakwaan.

"Tidak ada cara mereka boleh teruskan (dalam membuktikan rasa bersalah saya). Itu yang dikatakan (oleh hakim) dalam penghakiman yang ringkas hari ini, "kata Anwar.

Ditanya sama ada pembebasannya itu membuktikan bahawa badan kehakiman adalah bebas, Anwar tidak memberikan jawapan secara langsung.

"Saya mesti akui hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan ada kecacatan," katanya.

Menurut laporan oleh stesen televisyen antarabangsa Al Jazeera, Anwar dipetik berkata bahawa terdapat "keberanian" yang ditunjukkan oleh hakim itu.

Sebelum ini, Anwar agak kritikal dengan tingkah laku Hakim Mohamad Zabidin yang memutuskan terdapat kes prima facie dan telah berulangkali memohon supaya beliau melucutkan dirinya.

Sementara itu, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya masih belum bebas daripada pendakwaan lanjut kerana beliau juga cuba diheretkan dengan skandal video seks.

Skandal seks itu didedahkan oleh gandingan 'Datuk T' - Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim- ia memaparkan seorang lelaki yang  menyerupai Anwar melakukan hubungan seks dengan seoarng pelacur.

0 Komen pengunjong :