Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

RUU Himpunan Aman Di Bantah Parlimen Asean

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen baru-baru ini bukan sahaja mendapat bantahan dari rakyat negara ini malah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pemerhati luar negara.Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara Asean Dr.Thomas Gambke berkata RUU tersebut merupakan usaha menghalang sebarang perhimpunan dibuat.
"Tindakan ini hanya akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan juga sesetengah kebebasan dalam mengadakan demonstrasi selain melumpuhkan pembangkang yang seharusnya diberi kebebasan untuk mengadakan kempen sesuai dengan amalan demokrasi." kata beliau dalam suatu kenyataan media yang diterima TVSelangor.
Beliau yang merupakan salah seorang penal di Deutscher Bundestag dan juga Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara ASEAN yang berpengkalan di Berlin German.

Katanya, bagi mengadakan pilihanraya yang bebas dan adil,pihak kerajaan perlu memastikan hak untuk mengadakan perhimpunan aman tidak dibatalkan.
Menurutnya undang-undang baru ini tidak akan menstabilkan Malaysia malah akan menjurus kepada konfontasi yang menggunakan kekerasan.
"Ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur-pelabur asing yang sebelum ini mengambil kira kestabilan Malaysia sebagai faktor mereka melabur disini." jelas beliau.

1 comment :


  1. arrayah.info
    - Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah

    ReplyDelete