SEBERANG PRAI : Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri membuktikan PR bersedia menerajui kepimpinan negara sekiranya diberi mandat oleh rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, DAP bersama PR telah membuktikan rekod pentadbiran yang baik dengan membela secara saksama semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.
"Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan melaksanakan hudud tetapi telah menambah peruntukan untuk semua kegiatan agama Islam dan menyalur bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.
"Kita juga telah menyediakan peruntukan tetap untuk sekolah-sekolah bantuan modal, kita mewujudkan jawatan Exco hal-ehwal masyarakat bukan Islam dan telah mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah dan kuil-kuil serta menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Lembaga Wakaf Hindu."kta beliau dalam ucapan di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang semalam.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata usaha memartabatkan kaum wanita disamping memperkukuhkan perpaduan kaum juga telah dilaksanakan di negeri tersebut.
"Kita meningkatkan peruntukan untuk wanita lebih 10 kali ganda, daripada RM230,000 kepada hampir RM2.4 juta setahun. Kita juga telah meletakkan papan tanda jalan Bahasa Malaysia yang ditambah sama ada dengan Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil atau Arab. Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat papan tanda jalan dalam Bahasa Mandarin di Semenanjung Malaysia." ujar beliau.
Dalam usaha peningkatan ekonomi, Lim berkata kejayaan urus tadbir negeri dengan baik membolehkan kerajaan negeri memperuntukkan RM100 setahun kepada warga emas,OKU dan ibu tunggal, RM1,000 kepada waris yang meninggal dunia, RM1,000 kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA, RM200 kepada bayi yang baru lahir mulai 2012, RM100 untuk anak emas Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4.
"Berbeza daripada BN, semua program sosial ini dibiayai melalui lebihan Bajet. Cara BN membiayai program sosial ialah dengan meminjam wang sehingga menyebabkan ia mencatatkan defisit sejak 15 tahun lalu.
"Kerana itulah BN hanya boleh memberi wang kepada rakyat setiap lima tahun sedangkan PR melaksanakannya setiap tahun. Hutang-hutang BN ini telah mengakibatkan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 71%, daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011.
"Bagi Pulau Pinang, kita telah mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada hanya RM30 juta sekarang, iaitu pengurangan hutang sebanyak 95% yang bernilai RM600 juta, pengurangan hutang yang terbesar bagi mana-mana kerajaan negeri dalam sejarah Malaysia." kata beliau lagi.
Selain itu menurut Lim, Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengambil masa hampir 50 tahun untuk membasmi kemiskinan tegar namun tidak berjaya. Sebaliknya PR hanya mengambail masa tidak sampai tiga tahun untuk melakukannya.
Menurut Lim, kerajaan Pulau Pinang telah mengamalkan enam langkah integriti.
Pertama, mengharamkan parti-parti politik terlibat dalam perniagaan. Kedua, Mengharamkan campurtangan politik dalam sistem tender terbuka bagi menghentikan kapitalisme kroni. Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.
Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka. Kelima, cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Keenam, Menghukum kegagalan SPR melaksanakan Akta kesalahan Pilihanraya 1954 dalam melaksanakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri.
Sehubungan itu jelas Lim, kerajaan Pulau Pinang juga menghormati amalan bersih demokrasi dengan menubuhkan "Speaker's Corner" atau Sudut Pidato yang pertama di Malaysia.
ayoyo..banyak tipu cakap maa ini olang..lu ingat kita olang cina pun ada suka lama lu ka LGE??? KALAU LU ALA CAKAP BENAR MACAM ITU KARPAL, APA PASAL LU SAMA ITU KARPAL SAMA ITU HADI AWANG TARAK MAHU SURUH ITU ANWAR CAKAP BENAR ITU DALAM MAHKAMAH?? APA PASAL DIA TALAK KASI ITU PEGUAM TANYA SOALAN SAMA DIA DALAM MAHKAMAH??? INI APA UNDANG-UNDANG? LU CAKAP LAA INI NAMA UNDANG-UNDANG SHARIF LOBO DAH..CUKUP MAA NANTI MANYAK BUSUK LU CAKAP MANYAK TIPU MAAA....LGE PENIPU LGE PENIPU..KARPAL SINGH PENIPU RAJA PENIPU MALAYSIA...HIDUP RAMASAMY...HIDUP RAMASAMY..HIDUP RAMASAMY...HIDUP RAMASAMY..
ReplyDelete