Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR dakwa pengarah JAS seleweng fakta


KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan mendakwa Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Dr Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim menyelewengkan  fakta mengenai Lynas dalam  taklimat tertutup anjuran JASA kelmarin.
Berikutan itu pemimpin PKR menghantar surat kepada Dr Ahmad menuntut penjelasan.
Katanya, pengarah JAS itu menggunakan fakta untuk menyelewengkan pandangan awam.
“Selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pihak tuan harus bersifat lebih bertanggungjawab kepada rakyat.
“ Apabila pihak tuan membuat kenyataan bahawa ” kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif” ianya merupakan kenyataan ‘separuh benar’ yang berselindung di sebalik fakta.
“Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas,” kata Fuziah dalam surat tersebut.
Fuziah berkata, kilang Lynas ialah  kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif diparas 6bq|g.
Katanya, Menteri MOSTI didalam Dewan Rakyat pada 14 November juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue -sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.

30 peratus nadir bumi

Kilang Lynas juga merupakan logi pemrosesan nadir bumi  yang terbesar didunia di luar negara China apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan dunia.
Fuziah juga mempersoalkan mengapa JAS membuat taklimat tertutup kepada JASA.
JASA dakwanya juga  tidak membenarkan sebahagian dari mereka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM.
“Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta.
“Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup?
“Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan, katanya.
Beliau mendakwa   pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar Lynas.

0 Komen pengunjong :