Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengundi hantu, Sabah, S’wak penentu PRU-13


SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan dua golongan iaitu pengundi hantu dan pengundi di Sabah dan Sarawak adalah penentu kemenangan dan kekalahan sesebuah parti yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Lim, sekiranya Pakatan Rakyat memenangi 1/3 kerusi di Sabah dan Sarawak itu merupakan jumlah ajaib yang mampu memberi tekanan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
Namun Lim menegaskan hasrat untuk menang dalam pilihan raya kelak terletak di tangan pengundi hantu.
Ini menurut Lim, sekiranya syor Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya (PSC) tidak ditunaikan kerajaan, kumpulan pengundi hantu akan menentukan keputusan pilihan raya.
“Kita tidak perlu menang separuh daripada keseluruhan kerusi. Sekiranya Pakatan menang 1/3 daripada kerusi sudah cukup. Pakatan harus bekerja keras bagi membolehkan kerusi tersebut menjadi milik kita.
“Pengundi hantu ini juga akan menentukan siapa menang dan kalah. Maka jika tidak dijalankan pilihan raya yang bersih, adil dan bebas perkara ini akan menghantui kita,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Lim turut memuji pentadbiran di Pulau Pinang kerana tanpa pengalaman mereka mampu membuktikan kemampuan menjadikan negeri itu sejahtera tanpa bantuan kerajaan Pusat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Memang Pakatan tidak mempunyai pengalaman memerintah, tetapi jangan lupa, kami juga tiada pengalaman mengamalkan politik wang dan rasuah.
“Malah kini Pakatan sudah membuktikan perkara itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bahawa kami lebih baik daripada kerajaan BN. Kami kerajaan berjiwa rakyat, tiap-tiap tahun untung, hutang pula kurang,” katanya yang turut mendapat sokongan daripada 200 hadirin yang hadir.

0 Komen pengunjong :