Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat bantah RUU Kampung Baru

KUALA LUMPUR 8 Dis : Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan Umno BN meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 di Dewan Negara.
Walaupun mendapat bantahan dari pelbagai pihak mengenai  Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011, RUU tersebut diluluskan di persidangan Dewan Negara dengan sokongan senator-senator Barisan Nasional.
“Dewan Negara: suara majoriti Umno-bn meluluskan penyerahan tanah Melayu Kg Baru kepada Perbadanan! Kami bantah keras,” Kata Anwar di laman sosial twitternya semalam.
Undian yang diminta oleh Senator Mohd Yusof Husin menyaksikan 38 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Sebelum ini RUU Kg Baru mendapat bantahan Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) dan pernah memohon campurtangan daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bagi mempertahankan satu-satunya tanah warisan Melayu di Kuala Lumpur.
Penasihat undang-undang SPKB, Zulhazmi Shariff berkata, cadangan kerajaan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2010 (RUU PPKB 2010) mendapat bantahan dan tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah.
Tambahnya, MAS yang sebelum ini berperanan sebagai Lembaga Pentadbir Kampung Baru bakal kehilangan fungsi apabila hampir kesemua ahli lembaganya diserap ke dalam Perbadanan Kampung Baru.
Ini kerana RUU tersebut antaranya bertujuan menubuhkan perbadanan bagi mengambil alih pembangunan di Kampung Baru dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 14 Disember, 2010.
Justeru Zulhazmi menyifatkan, penubuhan Malis Penasihat kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Baru juga dilihat sebagai satu gimik politik semata-mata kerana Perbadanan tidak terikat untuk mendengar nasihat yang diberikan majlis tersebut.

0 Komen pengunjong :