Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib penyebab indeks rasuah Malaysia merudum – Tian Chua

Merudumnya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan rasuah terus berleluasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ini kerana katanya, Najib turut terpalit dengan skandal rasuah selain mempertahan menteri kabinetnya yang terlibat dalam rasuah.
“Buktinya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hingga kini kekal jadi alat Umno untuk mempertahan rasuah pemimpinnya.
“Lihat sahaja dalam skandal projek lembu NFC, SPRM enggan menyiasatnya walaupun jelas projek itu menyeleweng ratusan juta wang rakyat,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Beliau mengulas hasil kaji selidik Transparency International Malaysia (TI-M) seperti diumum Timbalan Presiden TI-M, Mohamad Ali Hasan pada 1 Disember lalu.
Kaji selidik badan itu mendapati, CPI Malaysia jatuh ke tangga 60 tahun ini berbanding di tangga ke 56 pada 2010.
Mengulas lanjut, Tian berkata, rasuah di Malaysia hanya mampu diturunkan dengan syarat SPRM dibebaskan daripada cengkaman politik pemerintah.
“Kedua, pembasmian rasuah haruslah dimulakan dari peringkat tertinggi seterusnya kepada pegawai bawahan.
“Mengikut amalan Umno, bagi membuktikan mereka buat kerja banteras rasuah kononnya, pegawai bawahan yang terlibat rasuah diambil tindakan dan hebohkan tetapi membisu dengan pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah berbilion ringgit,” katanya.
Beliau memberi contoh bagaimana Najib turut terlibat dalam Skandal kapal selam Scorpene mencecah ratusan juta ringgit.
“Bagaimana rasuah hendak dibasmi kalau Perdana Menteri sendiri dikaitkan dengan rasuah.
“Sebab itu, SPRM antara agensi kerajaan yang akan direformasikan jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seperti dinyatakan dalam Buku Jingga,” katanya.
Buku Jingga mengandungi sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, DAP dan PAS yang antaranya mengandungi 10 reformasi segera yang akan dilakukan Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari mentadbir Malaysia.

0 Komen pengunjong :