Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kebebasan akademik sudah mati


PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Rayuan November lalu bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah.
Di dalam responsnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik.
Namun dalam ucapan yang sama, Najib mengumumkan bahawa politik tetap akan diharamkan daripada kampus, demikian menurut kenyataan media bersama daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.
Malangnya menurut mereka, cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti kegagalan agenda transformasi Najib selama ini seperti yang kita lihat dalam reformasi ISA dan Akta Perhimpunan Aman.
“Pengumuman yang nampak berani pada mulanya tetapi apabila diteliti secara dekat sebenarnya meneruskan dasar-dasar lapuk yang sedia ada.
“Kita lihat sahaja kekeliruan respons terhadap isu ini sendiri oleh anggota kabinet Najib sendiri serta pentadbir-pentadbir universiti yang berakhir dengan penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia yang mengadakan ‘flash mob’ di KL Sentral Rabu lalu bagi membantah AUKU,” kata mereka.
PKR dijemput untuk turut serta dalam Sidang Meja Bulat mengenai pindaan AUKU yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah dan akan diwakili oleh Nik Nazmi.
Menurut mereka, Seksyen 15 sebenarnya hanya merangkumi kebebasan berpersatuan mahasiswa.
Tetapi, seksyen-seksyen lain yang sebenarnya membolehkan pemusatan kuasa pentadbiran universiti di Malaysia, termasuk pelantikan naib-naib canselor oleh Menteri; mengadakan prosedur disiplin yang tidak adil bagi kesalahan-kesalahan di bawah AUKU; dan menyekat kuasa Majlis Perwakilan Pelajar.
Kebebasan akademik sudah mati selama empat puluh tahun di Malaysia. Hanya dengan memansuhkan AUKU, budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi.
Keazaman politik
Najib mesti menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan AUKU keseluruhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa.
“Pada masa yang sama, kami mahukan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang lebih mendalam kepada kebebasan akademik.
Mahasiswa kritikal dalam cara kerajaan negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan bagaimana Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas-AUKU dari segi semangatnya.
“Komitmen kita untuk memansuhkan AUKU dan mengembalikan kebebasan akademik sudah wujud sejak sekian lama dan terkandung dalam Buku Jingga.
Kita harus berbuat demikian di negeri-negeri Pakatan dan terus mendesak perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu ketika dahulu,” tegas mereka.

0 Komen pengunjong :