Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jingga 13 rakam kondo mewah di Singapura

jingga 13 on singapore trip 291211 11Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara
Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.
PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC.

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.
Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat.

0 Komen pengunjong :