Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jingga 13: Jamil Khir Diberi 48 Jam Untuk Minta Maaf


SHAH ALAM, 30 DIS: Jingga 13 hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi individu Datuk Che Mat Che Ali serta Shamsuddin Hussain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kepada seluruh umat Islam berhubung isu penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan berkata, sekiranya mereka gagal berbuat demikian, perkara ini akan dibawa kepada DYMM Yang DiPertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam terhadap salah laku mereka yang secara jelas menghina hukum Islam.
Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung tindakan salah guna kuasa menggunakan wang zakat bagi tujuan yang bertentangan dengan hak pengeluaran wang zakat. Namun digunakan bagi tujuan untuk membayar kos guaman sejumlah RM63,650 sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam menghalang kes qazaf yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara , wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Jingga 13 meminta agar pihak SPRM menyiasat secara terperinci perkara ini tanpa prejudis dan merasakan ketiga-tiga individu terbabit wajar meletakkan jawatan mereka diatas tindakan mereka yang menzalimi golongan asnaf.
"Walaupun penyalahgunaan wang zakat tersebut telah dibayar balik dengan menggunakan wang geran kerajaan tetapi secara nyata sepertimana laporan Ketua Audit Negara tersebut adalah membuktikan berlaku salah guna kuasa yang cukup nyata oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri dan dua yang lain juga melanggar hukum Islam apabila tidak tersenarai sebagai asnaf yang melayakkan mereka menggunakan wang zakat.
"Jingga 13 menganggap tindakan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Che Mat bin Che Ali dan Shamsuddin bin Hussain bukan sahaja melakukan salahguna kuasa tetapi dalam masa yang sama telah menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf dengan tindakan kepentingan peribadi membiayai kos guaman sedangkan sangat mengetahui ianya adalah satu kesalahan," katanya.

0 Komen pengunjong :