Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Flip-Flop' Perdana Menteri Dalam Isu AUKU di Bidas


KUALA LUMPUR : PKR membidas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlalu banyak 'flib-flop' berhubung pelbagai isu termasuk isu membabitkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Unversiti (AUKU)."Keputusan Mahkamah Rayuan November lalu bahawa AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah.
"Di dalam responsnya, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik. Namun di dalam ucapan yang sama, PM mengumumkan politik tetap akan diharamkan daripada kampus." kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan bersama Ketua AMK dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nurul Izzah berkata demikian ekoran penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia yang mengadakan flash mob di KL Sentral bagi membantah AUKU baru-baru ini.
Menurut Izzah hanya dengan pemansuhan AUKU budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti akan dapat diatasi.
"PM mesti menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan AUKU keselurhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa." jelas beliau yang juga MP Lembah Pantai.
Sehubungan itu beliau menyeru negeri-negeri Pakatan yang
menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang lebih mendalam kepada kebebasan akademik.
"Mahasiswa kritikal di dalam cara Kerajaan Negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan bagaimana Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas-AUKU dari segi semangatnya perlu diambil perhatian.
"Kita harus berbuat demikian di negeri-negeri Pakatan dan terus mendesak perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu ketika dahulu." jelas beliau.
Katanya usaha tersebut perlu dimulakan di negeri-negeri pakatan sesuai dengan perjuangan PR yang akan memansuhkan AUKU sebagimana tercatat dalam Buku Jingga.

0 Komen pengunjong :