GURUN : Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah.
Jelas beliau, bukan semua Melayu itu wajib bersatu sebaliknya bersatu mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran dan bukannya bersama dalam melakukan kezaliman dan kerosakkan.
Anwar turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah".
"Perlawanan mereka itu dalam sejarah tiada tolok bandingnya. Tetapi dalam perlawanan itu mereka ada dialog, bukan pencak sahaja. Jebat hairan ‘Tuah aku datang untuk mempertahankan kamu.' Tuah terima, tapi tuah kata aku tak sanggup kamu ingkar kepada arahan Raja. Jebat kata raja zalim, tidak mahu mencari kebenaran. Terpengaruh dengan orang sekelilingnya. Maka berlakulah pertempuran.
"Maka berakhir dengan tragedi, Hang Tuah menang, kalah Melayu. Itu maknanya, sejarah Melayu ertinya permulaan kepada tewasnya Melayu. Panglima sebesar Hang Tuah menjadi korban. Panglima segigih Hang jebat mati dibunuh.
"Sebab itu kita mesti hayati ini adalah mulanya jatuh empayar Melayu kerana fitnah, tidak mempertahankan prinsip keadilan, tidak mahu mengangkat martabat bangsa tetapi menjadi alat, korban akibat daripada gerombolan kecil yang membawa fitnah dan kerosakan," katanya.
Beliau turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mewarisi semangat kental pejuang terdahulu selain penekanan sesi pentarbiahan supaya pejuang yang dilahirkan tidak mudah tewas dengan sogokan harta benda, wang ringgit dan pangkat sehingga sanggup membelakangkan perjuangan.
"Memartabatkan bangsa Melayu dari segi budaya dengan prinsip akidah agamanya. Bukan angkuh bangsanya bukan hina kaum lain. Hebat Melayu itu kerana jiwa dan rupaya. Melayu itu dibentuk melalui agama yang membentuk akhlaknya yang memperjuang dan menegakkan keadilan.
"Maka perpaduan itu wajib. Bersatu untuk membawa kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah Taala," katanya di Majlis Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong di Dewan Sri Zaleha, NAZA Gurun, Gurun, Kedah.
Turut serta dalam majlis tersebut Mahaguru Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Raja Abdul Majid Mat Isa.
Tuan Haji Anwar Ibrahim MENGAMUK ... ARAH KEADILANDAILY SEMAK SEMULA PEMBOHONGAN DI PORTAL!
ReplyDeletePosted by Gelombang Wangsa Maju | Monday, December 19, 2011
Blogger Dr MIM sudahpun melibas kebodohan Tuan Haji Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily dalam isu penolakan 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF), bukannya Bank Dunia (World Bank).
Full article ... click TUAN HAJI ANWAR PEMBOHONG BESAR
Krisis kewangan Asia seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim bukannya berlaku pada tahun 1999, ianya berlaku sejak dari tahun 1997-1998 akibat spekulasi matawang.
Masalah sebenar rakyat adalah pemahaman fungsi dua institusi kewangan terbesar dunia, IMF dan World Bank. Krisis kewangan Asia menyebabkan negara Indonesia, Thailand dan Korea Selatan terpaksa meminjam dan menandatangani 'surat pajak gadai' negara!
GWM cuma mahu berkongsi maklumat khasnya kepada rakyat Malaysia, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak mempunyai hutang yang terlalu tinggi dengan World Bank ... negara tidak akan muflis seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.
Paparan dibawah adalah hutang negara kepada World Bank dan perbandingan hutang negara-negara jiran kepada World Bank.
Baki hutang Malaysia kepada World Bank adalah sebanyak USD 33,333.34 sahaja.
Baki hutang negara Filipina kepada World Bank berjumlah USD 2,944,311,360.16.
Baki hutang negara Indonesia kepada World Bank berjumlah USD 11,361,689,885.98.
Baki hutang negara Thailand kepada World Bank berjumlah USD 66,938,249.99.
Baki hutang negara Vietnam kepada World Bank berjumlah USD 8,730,252,005.34.
Malaysia hanya mempunyai baki hutang dengan World Bank sebanyak USD 33,000 sahaja, berbanding dengan negara-negara jiran yang masih berhutang sehingga mencecah RATUSAN JUTA DAN BILLION DOLLAR! Inilah fakta yang disorokkan pembangkang untuk melakukan pembohongan kepada rakyat dan menidakkan prinsip amalan kewangan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional!
Bagaimana pula hutang negara kepada IMF, jika benar wujud Malaysia menerima 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF)?
Negara tidak berhutang dengan IMF atau menerima sebarang 'pakej bantuan kewangan' dari IMF!
Bagaimana dengan hutang negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, yang telah menerima 'pakej bantuan kewangan' ini?
Siapa berbohong sebenarnya ... Tun Dr Mahathir atau Tuan Haji Anwar Ibrahim! THAIIek... Siapa sebenarnya yang menyelamatkan negara dari terjerumus ke kancah hutang IMF!