Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ABU Tekad Tumbang Umno Dalam PRU-13


GOMBAK 16 Disember : Gerakan rakyat yang bermotokan 'Asal Bukan Umno' atau ABU yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bersatu suara menyatakan ketetapan untuk menolak Umno dalam pilihanraya umum akan datang. ABU yang digerakan oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang turut diwakili para mahasiswa mahasiswa, pekerja swasta, suri rumah tangga, aktivis politik,eksekutif muda,orang Asal,peniaga kecil,aktivis dan golongan pekerja akan digerakkan keseluruh negara selepas pelancaran di seluruh negara berakhir semalam.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard berkata ABU akan menggerakkan gelombang kesedaran terhadap seluruh rakyat betapa Umno merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.
"Namun sejak tahun 1957, sehinggalah hari ini 2011, kita seringkali mendengar persoalan-persoalan penafian hak, penindasan,k ezaliman. Masing-masing persoalan ini merentasi masyarakat samada Melayu, Cina, India yang berhadapan dengan masalah realiti kehidupan, berhadapan dengan masalah birokrasi yang menekan.
"Tetapi setiap kali rakyat membangkitkan masalah ini, kita dihadapkan dengan mood penafian dan dipisahkan dengan isu-isu kaum yang dimainkan oleh regim Umno," kata Badrul Hisham semasa program Rapat Rakyat ABU di hadapan kira-kira 500 orang di Taman Melewar di sini.
Antara pimpinan politik yang hadir ialah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar , Setiausaha Parti Socialis Malaysia S.Arulchelvam , presiden Pergerakan Hak Sivil Malaysia Haris Ibrahim (MCLM). Juga hadir wakil daripada SAPP serta aktivis Hindraf.
Menurut Mahfuz, keberanian rakyat Jepun menolak parti yang sudah memerintah lebih 50 tahun sehingga akhirnya LDP tumbang kerana rakyat Jepun pada ketika itu mempunyai tanggapan asalkan bukan parti itu yang mentadbir negara tersebut akan menjadi pilihan rakyat.
"Gerakan ABU ini kini diambil inisiatif oleh rakan-rakan menjadi institusi rakyat dalam negara kita. Sebenarnya slogan ABU ini sudahpun lama menjadi bahan fikir dan disebut dari mulut ke mulut oleh rakyat.
"ABU ini gerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang," kata beliau yang juga MP Pokok Sena
Gerakan ABU akan bergerak dengan perbagai pendekatan termasuk mengadakan kempen umum, pengedaran risaalah, vcd dan penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat.

0 Komen pengunjong :