Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib


Sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Mengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (kanan) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin  berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

Antara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.

0 Komen pengunjong :