Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

NFC: PKR gesa Putrajaya dedah minit mesyuarat Kabinet


PETALING JAYA, 18 Nov ― PKR kini menuntut agar pentadbiran Najib mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sejak 2006 kepada umum bagi menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat secara langsung dalam penganugerahan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada syarikat suaminya.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata kenyataan NFC semalam hanya mengesahkan kesemua pendedahan dibuat oleh parti komponen Pakatan Rakyat itu ke atasnya.
Oleh itu kata Rafizi, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami Shahrizat, tidak menafikan sebarang dakwaan sebaliknya menawarkan penjelasan kepada pelbagai percanggahan terbabit dalam projek ternakan lembu RM250 juta dibiayai kerajaan persekutuan itu.
“Beliau (Mohamad Salleh) menjawab sembilan pendedahan. Tetapi tidak satu pun adalah penafian ataupun menolak dakwaan kami.
“Setiap apa yang dikatakan olehnya hanylah untuk menjelaskan, memberi alasan kepada apa yang kami dedahkan,” kata Rafizi pada sidang akhbar di sini petang ini.
Tambah beliau PKR akan mendedahkan lagi isu berkenaan projek itu.
Rafizi berkata dalam kenyataan dengan Berita Harian hari ini Salleh ada mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik.”
“Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.
“Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan PKR mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas,” katanya.
Tambah beliau, pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.
Kata beliau, ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.
Tambah beliau, ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam bidang penternakan komersil; dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan dejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Shahrizat sepenuhnya.
“Oleh itu, PKR menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.
“Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :