Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC


KUALA LUMPUR: PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, penyelewengan juga terbukti memalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat.
"Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan.
"Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC.
"Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya.
Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC.
Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009.
Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan.
"Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya.

0 Komen pengunjong :