Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mansuh undang-undang lapuk, ganti dengan RUU lebih kejam – Anwar

KUALA LUMPUR: Pemansuhan beberapa undang-undang lapuk tidak bererti kepada amalan demokrasi berikutan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) baru yang lebih keras, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyokong penarikan tiga pengisytiharan darurat yang berlarutan selama 40 tahun, beliau berkata, RUU Himpunan Aman tidak perlu wujud dalam sesebuah negara demokrasi.
“Pembatalan (Akta Darurat) tidak menjadi persoalan besar. Walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberi, namun (terbukti) hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000.
“Pengecualian tidak dilihat dengan teliti. Walaupun Akta Darurat dibatal dan kita sokong, namun cadangan (RUU) masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu merujuk cadangan RUU itu yang mengenakan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata demikian ketika membahas usul pemansuhan Proklamasi Darurat di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentang usul menarik balik tiga perisytiharan darurat melibatkan darurat 1966 di Sarawak, darurat 1969 di Persekutuan dan darurat 1977 di Kelantan.
Selain itu, Anwar membidas cadangan pengenalan akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diakui kerajaan sebagai kekal bersifat tahanan tanpa bicara.
“Prinsip yang ditekan dalam pembatalan tahanan tanpa bicara memperkenal prinsip menafikan hak (tertuduh) mendapat proses adil. PM perlu perjelas ini,” katanya.
Sikap Najib ini menyerlah sikap tidak konsisten berikutan setiap tindak tanduk bertentangan dengan janji transformasinya yang digembar gembur media kawalan Umno.

0 Komen pengunjong :